Penulisan abstrak yang baik mengandungi :
1) Kumpulan sasaran.
2) Pengenalan kepada inovasi.
3) Penyataan masalah.
4) Objektif inovasi dihasilkan.
5) Keberkesanan inovasi.
6) Kelebihan inovasi.
CONTOH 1
Inovasi Teknik PdPc Helo Holo: Penguasaan Peribahasa dan Makna
Kolej Vokasional Dato’ Undang Hj. Muhamad Sharip
71300 Rembau, Negeri Sembilan
Quzaitul Izzati binti Hisham
Kolej Vokasional Dato’ Undang Hj. Muhamad Sharip
71300 Rembau, Negeri Sembilan
Ainur Ashikin binti Zainul Abidin
Kolej Vokasional Dato’ Undang Hj. Muhamad Sharip
71300 Rembau, Negeri Sembilan
Afiqah binti Mustapa Nor
Kolej Vokasional Dato’ Undang Hj. Muhamad Sharip
71300 Rembau, Negeri Sembilan
Abstrak
CONTOH 2
EASY AND FUN
Nurul ‘Atiqah Binti Riswan, Fawwaz Bin Abdullah & Farah Aqilah Binti Abdul Rahman
Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip,
71300 Rembau, Negeri Sembilan
Abstrak
Selepas sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), ramai pelajar tidak menguasai kemahiran pemfaktoran persamaan kuadratik. Punca masalah ini wujud disebabkan oleh kaedah pemfaktoran yang digunakan (kaedah silang) adalah kurang efektif dan perlu cara cuba-jaya. Inovasi ini bertujuan untuk mendapatkan pendekatan yang terbaik bagi membantu pelajar dalam menyelesaikan dan menguasai kemahiran pemfaktoran persamaan kuadratik dengan cepat dan betul. Inovasi ini dibentuk dengan hanya menggunakan papan putih dan kertas berwarna yang telah dipotong kepada tiga jenis bentuk segi empat. Pelajar hanya menyusun kepingan kertas tersebut berpandukan soalan persamaan kuadratik sehingga dapat membentuk satu bentuk segi empat sama. Setelah itu, pelajar perlu mengira panjang dan lebar segi empat tersebut untuk mendapatkan jawapan pemfaktoran persamaan kuadratik. Satu kajian telah dilaksanakan kepada 10 orang pelajar Kolej Vokasional SVM Tahun 2 yang melibatkan Ujian Pra dan Ujian Pos. Dapatan kajian telah menunjukkan terdapat peningkatan dari purata soalan yang dijawab dengan betul untuk menjawab soalan pemfaktoran). Dengan menggunakan inovasi ini yang bersifat 3D, pelajar lebih mudah untuk memahami pemfaktoran kuadratik dan dapat membantu guru menerangkan konsep pemfaktoran kuadratik dengan lebih mudah. Inovasi ini sangat berkesan untuk meningkatkan dan memantapkan kemahiran pemfaktoran persamaan kuadratik sehingga pelajar mahir dalam kemahiran ini.
Kata kunci: pemfaktoran algebra, persamaan kuadratik, kolej vokasional, dan inovasi pdpc.
CONTOH 3
2 in 1 WrapEazy
Shamimi binti Mohd Zaki, Nor Shafiza binti Suhaimay, Noor Ainon binti Abu Bakar
Kolej Vokasional Dato’ Undang Hj. Muhamad Sharip
Abstrak
Aspek kebersihan dalam penyediaan makanan sangat ditekankan dalam pelaksanaan PdPc bagi program seni kulinari. Tambahan pula 70% daripada peruntukan Student Learning Time (SLT) adalah melibatkan waktu amali di bengkel. Cling wrap sangat kerap digunakan semasa proses penyediaan bahan, penyediaan makanan dan ketika menghidang. Cling wrap yang digunakan adalah jenis industri. Oleh itu ia berat dan besar menyebabkan ia perlu dikendalikan oleh dua orang pelajar. Tiada alat pemotong disediakan. Manakala bagi aluminium foil pula, kotak dan pemotong pada kotak mudah rosak dan sukar digunakan. Pelajar sering tercari-cari alat pemotong seperti pisau dan gunting. Ini melambatkan kerja amali di bengkel. Selain itu cling wrap dan aluminium foil sering berpindah tangan, tersalah letak dan hilang. Kajian terhadap isu-isu ini telah memberi cetusan idea kepada kami untuk menghasilkan produk inovasi 2 in 1 WrapEasy. Produk inovasi ini membolehkan cling wrap dan aluminium foil diletakkan pada satu tempat khas yang sama disamping memudahkan pengendalian kerana boleh dikendalikan oleh seorang pelajar sahaja sekaligus menjadikan ia lebih hygiene atau bersih, lebih statik, tidak mudah hilang atau berpindah tangan. Inovasi ini membantu menjimatkan masa dan tenaga guru serta pelajar ketika PdPc kerana 2 in 1 WrapEasy mempunyai tempat letak khas diperbuat daripada paip PVC. Cling wrap dan aluminium foil yang berada di ketinggian yang sesuai hanya perlu ditarik sahaja ke hadapan atau ke bawah, menutup makanan yang disediakan dibawah dan boleh terus dipotong kerana mempunyai mata pemotong khas (pasang siap) yang mudah digunakan. Kesimpulannya 2 in 1 WrapEasy sangat memudahkan, hygiene dan menjimatkan masa dan tenaga. PdPc penyediaan makanan semasa amali dapat dijalankan dengan lancar.
Kata Kunci : 2 in 1 WrapEazy, Pemotong cling wrap dan aluminium foil
CONTOH 4
ANIME IN ACTION
Nor Hafiza Binti Md. Ariffin, Shamini Nair A/P Sridaran & Nurul Aqillah Binti Abdullah
Kolej Vokasional Dato Undang Hj Muhamad Sharip
71300 Rembau Negeri Sembilan
Abstrak
Proses Mitosis adalah salah satu subtopik bagi topik Genetik. Topik ini terkandung dalam KSKV Sains terbaru bagi semua program SVM Tahun 1 Semester 1 di Kolej Vokasional Dato Undang Hj Muhamad Sharip. Hasil pemerhatian dan temubual dengan pelajar, di dapati Mitosis merupakan subtopik yang rumit kerana melibatkan banyak proses yang kompleks dan sukar untuk pelajar faham dan ingat. Inovasi video ‘Anime In Action’ ini bertujuan untuk membantu para pelajar menguasai subtopik Mitosis dengan lebih mudah dan menarik. Inovasi ini berupa bahan bantu mengajar dalam bentuk video animasi beserta lagu yang dihasilkan dengan menggabungkan audio dan gambar proses Mitosis. Audio ini menggunakan lagu I GOTTA FEELING nyanyian Black Eyed Peas iaitu lagu yang terkenal pada masa dahulu dan diolah liriknya dengan kandungan Mitosis. Proses Mitosis ditunjukkan dengan mengunakan kertas berwarna dan manila kad yang telah dipotong. Seterusnya gambar diambil sebanyak 300 keping bagi menghasilkan pergerakan proses Mitosis yang lengkap. Akhirnya ialah proses menggabungkan audio dan gambar menggunakan Stop Motion Technique untuk menghasilkan video animasi beserta lagu. Inovasi ini membantu para pensyarah untuk menggunakan semua jenis pembelajaran iaitu visual, auditori dan kinestatik. Para pelajar juga memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap penggunaan bahan bantu mengajar ini melalui kaedah temubual yang dilaksanakan. Hal ini dapat disimpulkan bahawa penggunaan inovasi video ‘Anime In Action’ memberi implikasi positif dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam subtopik Mitosis.
Kata kunci: mitosis, kolej vokasional dan inovasi PdPc
CONTOH 5
AROMATIK TANGAS-V
NUR AIDA BINTI MOHD ROSLI, SITI JAKIAH BINTI MAHAT, MASLINA BINTI MAULUF, NORAZLINA BINTI YAHAYA, NUR AQILAH ZALEHA BINTI SAHAK
Abstrak
Kecantikan dalaman wanita sangat penting tidak kira wanita bujang atau yang sudah berkahwin. Kekangan masa terutama wanita moden yang bekerjaya dalam aspek pengurusan diri menyebabkan kesihatan dalaman tidak diambil serius. Selain itu, hormon wanita yang tidak stabil menjadi punca utama vagina berbau, kegatalan dan warna kulit menjadi gelap sekitar kawasan sulit. Proses penyediaan bahan mentah asli yang agak rumit dan lama menyebabkan amalan kesihatan dalaman seperti bertangas semakin dilupakan. Bertangas merupakan proses memanaskan badan dengan wap atau mandi dengan wap supaya berkeringat. Aromatik Tangas-V yang mengandungi lapan herba terpilih dapat menyelesaikan masalah vagina berbau, kegatalan dan masalah warna kulit gelap di sekitar kawasan sulit. Selain itu, inovasi ini mudah digunakan, dapat meminimakan kos perbelanjaan dan menjimatkan ruang penyimpanan bahan tangas. Penghasilan inovasi ini menggunakan bahan-bahan segar dan tradisi iaitu serai, daun sireh, jintan dan manjakani yang dikeringkan kemudian dijadikan kiub. Aromatik Tangas-V boleh digunakan sama ada untuk rawatan tangas kering atau tangas basah. Inovasi ini boleh digunakan oleh pelajar Kosmetologi Kolej Vokasional Malaysia semasa kelas amali rawatan badan dan diguna pakai oleh tenaga pengajar dan warga Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip Rembau Negeri Sembilan. Penggunaan inovasi ini juga dapat menjimatkan pembelian bahan untuk penghasilan tangas. Penerimaan yang baik dikalangan pelajar, tenaga pengajar dan warga kolej yang mementingkan kesihatan dalaman menunjukkan bahawa Aromatik Tangas-V sangat berpotensi untuk dipasarkan secara meluas. Istimewanya, penghasilan inovasi ini membolehkan produk digunakan terus dengan langkah yang sangat mudah bagi memberikan kesegaran badan serta meningkatkan dan mengekalkan kesihatan dalaman wanita. Antara kelebihan lain ialah saiz produk yang bersaiz kecil, mudah disimpan dan tahan lama. Aromatik Tangas-V juga dapat melancarkan aliran darah sekaligus memberikan kulit wajah berseri dan bersih. Penghasilan Aromatik Tangas-V yang asli serta diproses tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya menjadikan produk ini boleh diterima dalam pasaran.
Kata Kunci : Aromatik, Tangas, Vagina
CONTOH 6
EASY SEAM MARKER
Sariah Binti Gimen, Siti Asmah Binti Ibrahim, Nurul Fahani Binti Mohd Shapia,
Nura’inul Fazleen bt Kamarudin, Arma Ibwana bt Ibrahim Yahaya
Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip
Abstrak
Mendraf pola merupakan salah satu kompetensi wajib lulus bagi pelajar Program Seni Reka Fesyen di Kolej Vokasional Dato’ Undang Hj Muhamad Sharip (KV DUHMS). Proses ini sangat penting dilakukan sebelum melaksanakan proses seterusnya iaitu menyusun atur pola pada fabrik, menggunting dan menjahit pakaian. Aktiviti mendraf pola ini melibatkan penggunaan pelbagai alatan dan bahan seperti pembaris tukang jahit, pensel dan pemadam. Melalui pemerhatian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mendapati, masalah sering berlaku apabila mendraf pola iaitu garisan basi pola yang dihasilkan tidak lurus dan tidak sekata serta kelebaran ukuran basi pola yang tidak tepat. Malahan, kaedah dan teknik penggunaan pembaris tukang jahit yang tidak betul menjadikan pakaian yang akan dihasilkan tidak memenuhi kriteria kompetensi yang telah ditetapkan. Easy Seam Marker merupakan satu produk inovasi yang dibangunkan untuk membantu masalah garisan basi pola yang tidak tepat. Objektif penghasilan produk ini adalah bertujuan untuk menghasilkan garisan basi pola yang lurus dan sekata, memastikan kaedah dan teknik pengukuran yang lebih tepat serta menghasilkan kelebaran ukuran saiz basi pola yang tepat supaya pakaian dihasilkan menarik. Easy Seam Marker dihasilkan menggunakan bahan buangan atau kitar semula iaitu botol plastik sabun. Ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan dan produk ini boleh terus digunakan serta dapat membantu dalam melestarikan alam sekitar yang lebih mapan. Kos penghasilan Easy Seam Marker yang sangat minimum menjadikan ia produk mudah dan senang untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakat dan pengguna. Maklum balas yang diperolehi membuktikan Easy Seam Marker merupakan satu produk yang sangat baik dan dapat mengatasi masalah garisan basi pola yang tidak sekata serta dapat menjimatkan masa ketika mendraf pola berbanding kaedah lama. Bahan plastik yang digunakan untuk menghasilkan Easy Seam Marker ini adalah tahan lama dan mempunyai jangka hayat penggunaan yang lebih baik. Produk ini juga didatangkan dalam kotak khas bagi membantu cara penyimpanan yang lebih baik dan turut mengandungi pensel, pemadam dan pengasah pensel. Easy Seam Marker sangat berpotensi untuk diperluaskan dan dipasarkan.
Kata Kunci : Easy Seam Marker, draf, pola
CONTOH 7
ABSTRAK OKARA MACARON
Macaron ialah sejenis manisan Perancis yang semakin popular di Malaysia. Manisan ini menggunakan serbuk badam sebagai bahan mentah utama penghasilannya. Okara Macaron pula adalah inovasi produk baru yang dihasilkan dengan mengitar semula hampas soya (Okara) bagi menggantikan serbuk badam dalam pembuatan macaron. 1 liter air soya menghasilkan 250g okara dan bahan berpotensi ini kebiasaannya dibuang, dibakar ataupun dijadikan makanan haiwan ternakan terutamanya oleh pengusaha-pengusaha kecil produk soya. Tindakan ini merupakan satu kerugian kerana okara mempunyai nilai pemakanan yang tinggi terutamanya sumber protein dan mineral. Selain itu, pembakaran okara secara terbuka dan pembuangan yang tidak sistematik boleh memberi kesan pencemaran udara dan bau terhadap alam sekitar. Mengitar semula okara menjadi inovasi produk baru iaitu Okara Macaron, dapat menawarkan solusi kepada permasalahan ini sekaligus menyumbang kepada alam sekitar yang lestari. Dari aspek pemakanan pula, produk ini kaya dengan sumber nutrisi selain memberi pilihan kepada individu yang alergik terhadap badam untuk menikmati macaron. Okara Macaron memberikan sensasi rasa yang unik dan diterima ramai serta divariasikan dengan kepelbagaian perisa dan warna. Serbuk Okara boleh diperolehi dengan harga yang sangat murah (RM 1.70/kg) menjadikan kos penghasilan Okara Macaron jauh lebih rendah berbanding menggunakan serbuk badam (RM 60/kg).
Kata kunci : hampas soya, okara, okara macaron, mengitar semula, murah
No comments:
Post a Comment